Kelas Asas Microsoft PowerPoint

20 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 10:30 petang sehingga 12:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta tentang pengertian Microsoft PowerPoint. Peserta juga telah diberikan latihan Microsoft PowerPoint dengan membuat slaid pembentangan. Peserta juga dibimbing untuk membuat video dari slaid Power Point.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali